Isu perundangan Daerah_lampu_merah

Kebanyakan bandar raya utama bersaiz sederhana dan besar di seluruh dunia mempunyai daerah lampu merah tersendiri, walaupun terdapat perbezaan dari segi status sama ada aktiviti seks di kawasan tersebut sah di sisi undang-undang atau tidak, darjah "keterbukaan", pandangan awam serta penguatkuasaan di kawasan daerah lampu merah di seluruh dunia.

Sesetengah daerah lampu merah seperti di De Wallen, Belanda ataupun Reeperbahn, Jerman merupakan kawasan yang telah diwartakan secara rasmi sebagai kawasan aktiviti seks yang sah serta terkawal.[2]

Di Malaysia, sebarang aktiviti seks luar nikah termasuklah aktiviti pelacuran adalah diharamkan, dan kerajaan sama sekali tidak pernah mengiktiraf mana-mana daerah lampu merah yang wujud di Malaysia. Kesannya, daerah lampu merah di Malaysia merupakan kawasan paling kerap diserbu oleh pihak polis untuk membanteras aktiviti tidak bermoral yang sering dikaitkan dengan daerah lampu merah.